Skip to main content
search
0

Kaitan bentuk kuku dan personaliti anda

 

Beberapa tabiat yang sering kita amalkan seperti cara potong kuku, kepanjangan jari, atau bentuk kuku boleh melambangkan personaliti dan keunikan setiap individu. Dalam ruangan kali ini, kita akan bincangkan sebab kenapa bentuk kuku dapatkan mendedahkan personaliti dalaman individu dan kenali jenis kuku anda.

Kajian mendapati, secara purata kaum lelaki memiliki jari kelingking lebih pendek dari jari manis berbanding kaum wanita. Teori ini berkait dengan jumlah hormon estrogen dan testosterone yang diterima oleh bayi semasa di dalam kandungan.

Bagi kaum wanita pula, jari kelingking yang pendek berkait dengan risiko aneroxia dan seorang yang tegas. Manakala jari kelingking yang lebih panjang untuk wanita dikatakan berisiko mendapat penyakit bulimia, neurotic behaviour, memori secara visual dan kemahiran lisan.

7 Jenis Bentuk Kuku

Seperti yang kita sendiri maklum, warna kuku melambangkan tahap kesihatan seseorang. Bagaimana pula dengan bentuk kuku?

Dalam palmistry (ilmu tapak tangan), personaliti seseorang boleh dibaca melalui bentuk kuku. Kenali bentuk kuku anda dan fahami karakter dan personaliti anda!

  1. Panjang dan menegak (The imaginative creator)

Individu yang mempunyai bentuk kuku panjang adalah seseorang yang romantic dan tidak cepat marah. Jika anda mempunyai kuku panjang, perkembangan otak kanan anda cukup sempurna, jadi ianya penuh dengan daya imaginasi. Anda biasanya mempunyai daya focus yang tinggi dan teliti serta kreativiti yang luar biasa. Tapi, anda mudah terpengaruh dengan keadaan sekeliling dan mudah percaya dengan orang lain. Oleh itu, anda perlu lebih peka untuk lindungi diri anda. Semasa berkomunikasi dengan individu otak kiri, anda berdua akan berasa sukar untuk bertukar maklumat dan konflik yang bakal muncul tidak dapat dielakkan.

  1. Lebar (The short temper debater)

Dengan jari kuku yang lebih lebar dari biasa, otak kiri anda mungkin sudah berkembang dengan sempurna dan anda suka terlibat dalam perdebatan. Umumnya, anda suka mengekspresikan idea dengan sebaik mungkin dan membuatkan orang sekeliling merasakan anda seorang yang telus dan berfikiran terbuka. Namun, ini membuatkan anda kelihatan cepat marah, jadi anda perlu mengingatkan diri agar bersabar dan bertenang sebaik mungkin. Anda mungkin sekali tidak sesuai dan sehaluan dengan individu otak kanan kerana mereka lebih suka berkomunikasi menggunakan gerak hati daripada fikiran.

  1. Bulat atau membujur (The lazy pacifist)

Dengan mempunyai kuku berbentuk bulat seakan bentuk telur, anda biasanya seorang yang mudah menyesuaikan diri dan sukakan tempat anda sekarang. Anda mempunyai kemahiran bersosial yang tinggi dan akan menjadi penyokong kuat dan pendorong kepada orang sekeliling. Karakter ini membuatkan ramai orang selesa dengan anda dan memberi impresi yang baik, namun sebaiknya anda perlu elakkan diri dari menjadi salah faham dalam kalangan rakan anda, jika tidak mereka akan hilang kepercayaan pada diri anda. Kalau dibandingkan dengan personaliti bentuk kuku lain, anda merupakan karakter yang paling mudah bergaul dengan karakter lain.

  1. Segi empat sama (The sober minded swordsmen)

Kuku berbentuk segi empat sama mempunyai personaliti serius, sentimental, bersemangat dan berani. Kebanyakan individu yang mempunyai bentuk kuku sebegini adalah kaum lelaki. Ianya amat bagus untuk berkelakuan serius dalam segala hal; tapi, kelakuan ini boleh membuatkan anda kelihatan tidak fleksibel dan mungkin hubungan anda akan lebih baik jika anda tidak begitu kaku dalam pergaulan.

  1. Segitiga (The sensitive and creative genius)

Anda selalu berjaya menyumbang idea-idea dan teliti dengan perkara yang tidak dipedulikan oleh orang lain. Dengan bentuk kuku segitiga dari dalam (inverted triangular), anda sedikit degil manakala jika bentuk kuku segitiga keluar (equilateral triangle) anda mungkin terlebih sensitive dan tidak mampu mengawal sebarang kemungkinan yang bakal berlaku. Dan anda tidak suka orang yang selalu melakukan sesuatu tanpa mengikut fasa yang betul dan lebih cepat.

  1. Bentuk buah badam (The reliable executive)

Bentuk kuku jenis buah badam ini mempunyai personaliti yang jujur, bertanggungjawab, penyabar, dan berkelakuan sopan. Namun, anda kurang toleransi dengan ketidakadilan and kerap hilang sabar apabila pendapat anda mendapat tentangan. Apabila anda berasa penat dengan hubungan sesama rakan, anda lebih memilih untuk melangkah keluar dari satu tempat sehinggalah anda dapat hilangkan tekanan dan tenangkan fikiran; cara yang paling efektif bagi anda untuk mengelak konflik.

 

 

  1. Bentuk pedang (The ambitious idealist)

Apabila anda mempunyai matlamat yang jelas, anda seorang yang berusaha bersungguh-sungguh walaupun ianya sukar dan perkara yang kurang disukai. Tetapi malangnya, anda mungkin kurang semangat berpasukan, dan akan hilang sabar jika ada ahli pasukan yang kurang membantu memberi tunjuk ajar sepanjang proses tersebut. Jadi, anda perlu belajar bekerja dalam pasukan dan memberi Kerjasama untuk memperbaiki diri sendiri dan selesa dengan orang sekeliling.

Dapatkan kuku rapi dan sihat dengan Kutika Miracle Cuticle & Nail Serum, produk kuku terlaris memperbaiki struktur pertumbuhan kuku sihat dan melindungi kuku dari jangkitan fungus. Hubungi kami untuk maklumat lanjut di 03 8922 9988.

         

Leave a Reply

Open chat
Curio Spa
Hi 👋
Welcome to Curio!
Let me help to book the service for you.
Click "Open Chat" below to send us your preferred spa package, date & time.